Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hefny Enggan Masuk Campur...

PENGACARA, Hefny Sahad mengakui enggan campur tangan berhubung penahanan Uqasha Senrose yang disyaki...

LTAPP Ambil Tindakan Segera...

GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sudah melaksanakan...

Maklumkan Kematian Suami Pada...

"OH ya, bapa kau dah mati,'' itu cara mudah bagi seorang ibu tiri...

Bakar Tahfiz, Seorang Diarah...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 19 tahun menangis teresak-esak sebaik Mahkamah Tinggi...

Persepsi ‘Negara Islam’ Perlu Diperbetul: Dr Tareq

KUALA LUMPUR – Persepsi mengenai pergerakan yang kononnya dikenali sebagai Negara Islam (IS) perlu diperbetulkan dalam kalangan generasi muda kerana ia bukanlah bercirikan Islam ataupun negara.

Sarjana Islam dari Kuwait, Dr Tareq Al-Suwaidan, berkata langkah itu penting untuk mengelak generasi muda daripada menyertai kumpulan pengganas.

“Para sarjana Islam di dunia Arab telah mengisytiharkan IS sebagai kumpulan pengganas dan menyeru semua masyarakat Islam dan bukan Islam supaya bersatu memerangi mereka,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, hari ini.

Pemimpin IS, katanya, telah memberi gambaran salah mengenai diri mereka sebagai ‘khalifah’ dalam usaha menarik golongan muda menyertai perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam.

“Justeru itu, penjelasan perlu diberi terutama kepada generasi muda bahawa IS bukan khalifah Islam, ia bukan negara Islam dan ia langsung tidak mencerminkan Islam. Ia adalah kumpulan pengganas yang patut diperangi semua pihak.

“IS adalah bahaya kepada Islam kerana ia mencemarkan Islam dengan darah,” kata beliau.


Dr Tareq berkata satu-satunya cara untuk memerangi IS ialah menerusi penggunaan angkatan tentera terhadap kumpulan militan tegar dan pendekatan kesederhanaan untuk menambat hati dan minda umat Islam secara keseluruhan.

Ketika mengulas pemilihan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), Dr Tareq berharap Malaysia akan terus menyuarakan sokongan kepada penduduk yang menjadi mangsa penindasan di seluruh negara.

Mengenai masa depan ketamadunan Islam, beliau percaya dunia Islam boleh bangkit semula dan menjadi kuasa utama baharu selain Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China dan India.

Melalui kecekapan dan kekuatan ekonomi, katanya, negara-negara Islam boleh bangkit semula demi memenuhi keperluan umat Islam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori