Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Marion Dihentam Di Instagram...

Kehidupan seorang artis sentiasa diperhatikan peminat hiburan baik dari segi fesyen pakaian, hinggalah...

Dua Maut Pelantar Minyak...

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya dua pekerja maut dan 10 lagi mengalami kecederaan apabila...

Kerapu Kertang Dan Lembu...

KUALA NERUS - ā€œSeumur hidup, ini kali pertama tengok ikan besar gining (macam...

PBB Usaha Halang Serangan...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam bertindak untuk menghalang pertempuran sengit...

Pesakit Pertama Ebola Di AS Meninggal Dunia

WASHINGTON – Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam dengan kerajaan mengumumkan langkah lebih ketat menangani merebaknya wabak membawa maut itu diperluaskan meliputi pemeriksaan di semua lapangan terbang.

Pemeriksaan terhadap penumpang itu termasuk mengambil bacaan suhu badan pengunjung dari Afrika Barat yang meliputi lima lapangan terbang utama di Amerika.

Saringan kesihatan terbaharu itu akan bermula Sabtu ini di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York dan disusuli Washington Dulles serta lapangan terbang antarabangsa di Atlanta, Chicago dan Newark.

Dianggarkan purata lebih 150 pengunjung akan diperiksa menggunakan alat bacaan suhu berteknilogi tinggi yang tidak perlu dilekapkan di kulit badan.

Rumah Putih berkata, pemeriksaan itu juga menjangkau lebih sembilan hingga 10 pengunjung yang memasuki Amerika dari negara yang teruk dilanda Ebola iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea.

Presiden Barack Obama meminta langkah kawalan lebih ketat itu amat diperlukan untuk menambahkan lagi aspek perlindungan yang sedang dikuatkuasakan bagi mengawal Ebola daripada merebak.


Pengawal sempadan juga diminta memantau dan memeriksa rapi kemasukan mereka yang sakit dan segera melaporkannya kepada Pusat Kawalan Penyakit.

Sekiranya pemeriksaan deman biasa yang dilakukan di pintu masuk mungkin boleh mengenal pasti keadaan Thomas Eric Duncan, seorang lelaki Liberia yang mati akibat Ebola di Hospital Dallas, awal pagi semalam.

Duncan masih tidak menunjukkan simpton menghidap Ebola ketika dia tiba di Amerika.

Bagaimanapun, rawatan yang lewat terhadap Duncan serta jangkitan yang didapati seorang jururawat yang merawat pesakit Ebola di Spain, kini meningkatkan lagi kebimbangan dalam kalangan negara Barat kemampuan mereka untuk menyekat penyakit ini yang sudah mengorbankan 3,800 orang di Afrika Barat. – AP

GAMBAR fail menunjukkan Thomas Eric Duncan, Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat ketika menghadiri majlis perkahwinan di Ghana pada 2011. – Foto AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori