Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hebahan Cuaca Lebih Kerap...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai...

Stesen Jana Kuasa Tenaga...

BERA - Syarikat pembekalan tenaga boleh diperbaharui, Agni Power Sdn Bhd (Agni Power),...

Lelaki Maut Terjatuh Lebih...

LARUT : Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter ketika...

Hasrat Suami Mahu Masuk...

HASRAT seorang warga emas berusia 70 tahun yang merompak sebuah bank semata-mata kerana...

Pesara Dan Tentera Cedera Terima RM500 Sumbangan ATM

MELAKA – Sebanyak 87 anggota tentera darat berpencen dan masih berkhidmat, yang tercedera ketika operasi melawan pengganas komunis dan semasa latihan menerima sumbangan RM500 daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima 3 Divisyen Mejar Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan berkata sumbangan tersebut sebagai penghargaan kepada perwira negara yang bertugas demi kemananan negara.

“Aktiviti ini kita adakan setiap tahun sebagai menghargai perwira kita yang sanggup bertarung nyawa sehingga negara kita menjadi aman seperti hari ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di sini, hari ini iaitu membabitkan 80 pesara dan tujuh anggota yang masih berkhidmat.

Sementara itu, seorang penerima, sarjan (B) Abu Akop, 61, melahirkan rasa syukur kerana ATM sentiasa menjaga kebajikan dan nasib bekas tentera.


Beliau yang berkhidmat sejak 1973 itu, kehilangan kaki kiri selepas terpijak jerangkap samar ketika berkhidmat di Perak.

Seorang lagi penerima, koperal (B) Dawam Ahmad, 65, daripada 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), mengalami kecederaan di kaki kanan ketika melakukan tugasan di Narathiwat, Thailand pada 1978.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban tentera yang hilang upaya seperti kami dan juga untuk kos rawatan dan kos hidup yang semakin meningkat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori