Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Curi Tengkorak Untuk Dibuat...

BEIJING - Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum...

SKMM Siasat Gambar Fitnah...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung...

Piala AFF – Malaysia...

SINGAPURA -- Malaysia menempah slot separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki...

Wanita Nyaris Maut Kereta...

SEREMBAN - Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam...

Pesawat B787 Dreamliner Royal Jordanian Mendarat Di KLIA

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melakar satu lagi peristiwa bersejarah semalam apabila pesawat jenama baharu Boeing 787 Dreamliner Royal Jordanian Airlines, mendarat.

Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini, syarikat penerbangan negara Jordan itu merupakan syarikat penerbangan pertama menawarkan penerbangan berjadual B787 Dreamliner ke KLIA.

Pengurus Besar Pemasaran MAHB Mohamed Sallauddin Mat Sah berkata , Malaysia Airports mengucap tahniah kepada Royal Jordanian atas saat-saat bersejarah ini.

“Pesawat jenama baharu B787 Dreamliner yang dilengkapi kemudahan lebih baik atas pesawat sudah pasti merupakan satu lagi nilai tambah untuk dinikmati penumpang yang terbang dalam pesawat berkenaan,” katanya.

B787 Dreamliner baharu yang menawarkan 24 tempat duduk bisnes dan 246 tempat duduk ekonomi merupakan antara usaha Royal Jordanian untuk menaik taraf dan memodenkan kumpulan kapalnya bagi laluan jarak sederhana dan jauh, menggantikan A330 dan A340.


B787 Dreamliner juga cekap dari segi penggunaan bahan api dan dikonfigurasikan dengan kemudahan yang lebih baik seperti tingkap yang lebih besar, altitud kabin yang rendah serta sistem hiburan canggih.

Pengerusi Royal Jordanian Nasser Lozi berkata Dreamliner akan membantu syarikat penerbangan itu berkembang dari segi jumlah kapal dan perkhidmatan selain mengurangkan kos penyelenggaraan, terutama selepas menggantikan pesawat jarak jauh sedia ada.

Royal Jordanian terbang ke KLIA sejak 2012, menerusi penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok-Amman, menggunakan pesawat A330. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori