Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Doktor, Ahli Farmasi Perlu...

SUBANG JAYA - Doktor dan ahli farmasi perlu lebih berhati-hati memberikan preskripsi ubat...

Dulu Awie Cuba Elak...

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini...

Kes Turun, Mungkinkah Petugas...

KUALA LUMPUR - Memasuki hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari...

GINTELL DeSpace Royale Blue,...

HOW would you like to rest, relax and recuperate in luxury, while experiencing...

Pesawat polis Iran Terhempas, Tujuh Maut

TEHRAN – Sebuah pesawat polis Iran terhempas semalam, mengorbankan tujuh orang, termasuk seorang pegawai kanan polis.

Agensi berita rasmi Iran, IRNA, melaporkan pesawat berkenaan terhempas di kawasan pergunungan di luar ibu negeri wilayah Zahedan.

Agensi berita itu menyatakan pesawat terbabit membawa empat penumpang dan tiga anggota kru.

IRNA melaporkan antara yang terbunuh ialah Jeneral Mahmoud Sadeqi, seorang pegawai kanan polis yang mengetuai unit penyiasatan

Agensi berita Fars pula melaporkan pesawat terbabit berlepas dari Tehran menuju ke tenggara Iran bagi menyiasat satu kejadian membabitkan serangan terhadap anggota polis di sana.


Pihak berkuasa tidak memberi maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Ogos lalu, sebuah pesawat komersial terhempas selepas berlepas dari Tehran, mengorbankan 39 orang.

Kejadian terbesar berlaku pada Januari 2011, apabila sebuah pesawat Iran Air Boeing 727 berkecai ketika terhempas dalam pendaratan kecemasan dalam ribut salji, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 orang maut. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori