Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pandelela, Jun Hoong Dapat...

GANDINGAN penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000...

Top Glove Tiada Hasrat...

KUALA LUMPUR – Top Glove Corporation Bhd tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang...

Ibu Cemas, Anak Hampir...

SEORANG wanita, Kelly Rose Joniec memberi amaran kepada ibu bapa supaya berhati-hati dengan...

Kelantan Umum Air Percuma...

DUN KELANTAN l Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di...

Pesta Arak ‘Octobefest’, Dedah Kelemahan PAS Di Selangor

Selepas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS dipetik berkata bahawa pesta arak anjuran syarikat pengeluar arak Carlsberg tidak boleh dihalang kerana ia khas untuk orang bukan Islam, hari ini Kerajaan Negeri Selangor pula tampil dengan kenyataan mereka.

Ia berkaitan dakwaan bahawa pesta yang dikenali sebagai Octoberfest itu telah diluluskan kerajaan ketika dipimpin oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PAS_Arak

Kerajaan negeri menafikan meluluskan penganjuran pesta itu dengan alasan, perkara berhubung pesta berkenaan tidak pernah dibawa ke dalam perbincangan dalam Mesyuarat Exco Negeri.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Abdul Khalid dan empat exco PAS. Ini tidak benar.

“Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco,” kata seorang anggota Exco Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad yang dipetik laman portal Malaysiakini.

Selepas didedahkan, kewujudan pesta itu mendapat bantahan hebat pemimpin PAS dan juga badan bukan kerajaan (NGO) ekoran kegagalan kerajaan negeri menghalangnya diadakan.

Antara NGO yang membantah ialah Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan Ahli Parlimen Temerloh dari PAS Nasruddin Hassan.

Bagi UMNO Selangor, mereka kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor; Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar Shah Alam dilihat tidak bersesuaian dengan pesekitaran setempat, menurut laporan Sinar Harian Online.


“Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

“Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan…Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang semalam.

Pesta arak anjuran Carlsberg itu sudah pun bermula sejak 24 September lepas di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Menurut laporan sesetengah media, dikatakan pesta arak bir Octoberfest itu sudah pun bermula sejak abad ke-19 lagi di luar negara.

Barulah ketika ini, pemimpin PAS hendak bersuara selepas tindakan Khalid yang mengatakan ia tidak boleh dihalangn kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk.

Soalnya, takkanlah kerajaan negeri tidak tahu menahu langsung berkaitan perkara atau pesta arak dengan skala sebesar itu akan diadakan di banyak kawasan di negeri Selangor.

Alasan yang diberikan ialah ia tidak pernah dibawa ke perbincangan dalam Mesyuarat Exco. Jika begitu, ia adalah pesta haram kerana tidak pernah mendapat kelulusan kerajaan negeri. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori