Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lindsay Lohan Muat Naik...

KECOH jadinya atmosfera dunia hiburan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat naik...

Najib Sertai Solat Hajat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk...

Bentang RUU Anti Lompat...

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah mencadangkan kerajaan negeri membentang Rang Undang-Undang...

“Dakwaan Itu Palsu”- Ujar...

TERKEJUT dengan penarikan gelaran ratu cantik Miss Malaysia 2016 yang dimenangi, Tatiana Kumar...

Piala Malaysia: Kedah Dapat Modal Selesa Atasi Pahang 3-1

ALOR SETAR – Kedah sekali lagi mempamerkan persembahan bermutu untuk menewaskan Pahang 3-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini.

Kemenangan berharga ini memberi modal selesa buat anak didik Tan Cheng Hoe yang jelas menyajikan aksi penuh bertenaga di hadapan puluhan ribu penyokong Helang Merah.

Pahang pimpinan Zainal Abidin Hassan memberi saingan, namun penyudahan hambar mereka gagal membantu cabaran skuad Tok Gajah itu di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam separuh akhir kedua di Kuantan, Jumaat ini untuk mengintai peluang ke final, bulan depan.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit kelapan hasil jaringan cantik pemain import Korea Selatan, Namkung Wong yang menyudahkan hantaran daripada Mohd Rizal Ghazali.

Pahang yang jelas pincang tanpa Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart gara-gara digantung perlawanan bangkit dan hampir mahu menyamakan kedudukan pada minit ke-16 tetapi usaha baik daripada Mohd Azamuddin Md Akil gagal disempurnakan R Gopinathan.

Selepas rehat, Kedah menguatkan lagi cengkaman apabila Mohd Farhan Roslan menanduk masuk gol kedua selepas menerima hantaran silang Badrol Bakhtiar pada minit ke-48.

Namun, Pahang tidak menyerah dan usaha mereka berbalas apabila bangkit merapatkan jurang pada minit ke-90 hasil jaringan Matias Conti.

Kedah bagai tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka dan bertindak agresif mahu gegar gawang lawan lagi.

Selang dua minit kemudian keringat mereka berbalas apabila Khyril Muhymeen Zambri tenang menyumbat masuk gol ketiga pasukan untuk memberi modal selasa buat skuad Helang Merah.


KEPUTUSAN

Separuh akhir pertama

KEDAH……….3

(Namkung Wong, m-8

Farhan Roslan, m48

Khyril Muhymeen Zambri, 92)

PAHANG……..1

(Matias Conti,m-90) – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori