JOHOR BAHRU – Suasana sebelum aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia 2014 antara skuad Harimau Selatan dan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, di sini sedikit kecoh, sebentar tadi.
Situasi tegang berlaku ketika perarakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), menuju ke stadium membabitkan beberapa ahli kumpulan berkenaan dengan pasukan keselamatan.
Ia berpunca daripada tindakan ahli kumpulan berkenaan menyalakan suar ketika berarak menuju ke stadium kira-kira jam 6.30 petang.
Suasana kembali tenang dengan ratusan ahli kelab penyokong itu meneruskan perarakan menuju ke pekarangan stadium tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Perarakan kumpulan penyokong adalah perkara biasa dilakukan pada setiap perlawanan membabitkan JDT di pekarangan stadium. – BH Online