Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Ke Labuan...

LABUAN - Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan harian antara Kuala Lumpur untuk...

Kerajaan Tak Akan Naikkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol buat masa ini meskipun...

PM Ucap Takziah Kepada...

"Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi," katanya menerusi hantaran itu.Muhammad Aming, 8, sebelum ini tular dengan perkongsian video berbentuk nasihat di Facebook, yang disifatkan sebagai comel serta kepetahannya menyampaikan nasihat secara bersahaja dalam loghat Sabah.Antara video yang mendapat perhatian adalah tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

PKR Mohon Maaf Fitnah...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada Tan Sri Abdul...

Suspek Kehilangan Kanak-Kanak British 7 Tahun Lalu Ditahan

KEHILANGAN Madeleine McCann sewaktu dia berusia 3 tahun kini sudah memasuki tahun ke tujuh, namun kanak-kanak ini masih belum ditemui.

Isnin lalu, pihak polis menahan seorang lelaki pedofilia, Roderick MacDonald 77 di Pulau Malta, Gozo, Sepanyol untuk di ekstradisikan ke Britain bagi membantu kes kehilangan kanak-kanak Madeleine.

MacDonald pertama kali ditahan di tapak perkhemahan Algarve pada 2010 dan diekstraditasikan ke Australia bagi membantu siasatan kes rogol kanak-kanak berusi lapan tahun yang dilakukan pada tahun 1998.

Dia dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan dibebaskan kerana merayu untuk berkelakuan baik, namun melarikan diri ke Thailand selepas dibebaskan. tetapi sebaik tiba negara itu, MacDonald dihantar balik ke Britain oleh kerajaan Thailand kerana rekod kesalahannya itu.

pidofeldia

Suspek juga sebelum ini pernah ditahan dan mengaku bersalah mencabul dua orang kanak-kanak berusia lima dan tujuh tahun di Brington pada 2012.

Kehilangan Madeleine di anggap sebagai kes berprofil tinggi kerana sehingga sekarang, tiada sebarang petunjuk di mana dia berada.


Kanak-kanak British itu, hilang di Portugal pada Mei 2007 semasa bercuti bersama keluarganya. Kehilangannya itu terus menjadi tanda tanya, walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan pihak berkuasa untuk mencarinya.

madeline

Sementara itu Pusat Kebangsaan Amerika Bagi Kanak-Kanak Hilang dan Mangsa Eksploitasi menyatakan kira-kira 800,000 kanak-kanak di negara itu hilang setiap tahun, dalam kenyataannya sebelum ini.

“Ini bermakna seramai 2,000 orang hilang setiap hari, kebanyakannya ditemui selamat, tetapi 200,000 daripada diculik anggota keluarga manakala 58,000 lagi dilarikan orang asing. Seramai 115 kanak-kanak dilaporkan dibunuh, ditahan sebagai tebusan atau dijadikan milik penculiknya.

“Setiap hari beribu-ribu kes kanak-kanak diculik dilaporkan, manakala ibu bapa yang tinggal menunggu dalam kebimbangan,” kata jurucakap mereka. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori