Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SanDisk Menawarkan Pemacu USB...

SANDISK adalah salah satu jenama popular dalam penawaran beberapa aksesori perkomputeran, terutamanya berkaitan...

Zuraida Optimis Seri Setia...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin optimis Pakatan Harapan (PH) akan...

Jentera Bomba Dibaling Dengan...

SHAH ALAM - Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib...

Gobind Pertahan Portal Berita...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mempertahankan pendiriannya berhubung...

PIKOM Sambut Baik Bajet 2015 Tingkatkan Keupayaan Jalur Lebar

PIKOM menyambut baik pengumuman kerajaan yang memberi perhatian kepada cadangan mereka tentang pengurangan cukai pendapatan peribadi dan korporat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengerusinya, Cheah Kok Hoong berkata, pengecualian cukai pendapatan bagi pendapatan RM4,000 ke bawah itu akan meningkatkan pendapatan boleh guna untuk kelas menengah dan syarikat.

“Kerajaan juga telah mengambil berat permintaan kami kepada peningkatan pengambilan jalur lebar. Pelaburan RM 2.7 bilion dalam tempoh 3 tahun petanda baik ke arah meningkatkan langganan jalur lebar. Ini membantu menangani isu penyediaan.  Namun, PIKOM merasakan bahawa bajet tidak mengetengahkan isu caj perkhidmatan jalur lebar yang dianggap masih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran serantau,”katanya.

Katanya, walaupun  tidak melihat banyak insentif khusus terhadap industri ICT, pengenalan Skim Insentif Penyelidikan Enterprise (BANGKIT) berjumlah RM10 juta bagi syarikat harus direbut.

“Kami menggalakkan pemain-pemain ICT untuk mengambil kesempatan ke atas skim ini untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan produk. Peruntukan sebanyak RM 1.3 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga akan merangsang pembangunan & penyelidikan serta pengkomersilan. Mengenai industri kandungan, PIKOM mengalu-alukan peruntukan besar sebanyak RM 200 juta untuk MyCreative Venture dan RM 100 juta untuk mempromosikan kandungan digital,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC


Oleh: SYA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori