Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Bawa Anak...

SEBELUM ini satu rakaman video menunjukkan seorang jurugambar wanita Hungary menahan dengan kaki...

Marvin Bakal Latih Pemain...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Keranjang Remaja Kebangsaan mahu membangunkan bakat muda seusia lima tahun sebagai langkah jangka panjang...

UMNO Perlu Jawab Tohmahan...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad...

Cikgu Pesan Beli Hadiah!...

SEMUA orang ada guru, tetapi tidak semua yang dapat merasai pengalaman jadi seorang...

PKPIM Minta Bawa Pulang Pelajar Malaysia Di Yemen

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan membawa pulang pelajar Malaysia di Yemen berikutan konflik bersenjata di antara Kumpulan pemberontak Ansarulla dengan kerajaan negara itu.

Presidennya, Mohammad Fazril Mohd. Saleh berkata, meskipun kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian damai pada Sabtu lalu tetapi PKPIM menjangkakan peperangan boleh meletus semula pada bila-bila masa.

“PKPIM melihat pergolakan yang berlaku di Yemen sebagai suatu kejadian yang serius dan rakyat Malaysia yang berada di Yemen wajar diselamatkan.

“Pergolakan bersenjata yang berlaku beberapa hari lalu di Sanaa telah melibatkan kawasan penempatan awam. Perkembangan ini sangat membimbangkan. Sehingga kini, sebanyak lebih 300 nyawa menjadi korban dan lebih 900 orang cedera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammad Fazril berkata, PKPIM bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada pimpinan Persatuan Pelajar Malaysia Yemen (Permaya) kerana mengambil langkah proaktif membawa pelajar Malaysia keluar daripada zon bahaya.


Menurutnya, PKPIM turut mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a kerana menyediakan perlindungan kepada para pelajar Malaysia di negara tersebut.

“PKPIM menjangkakan konflik tidak akan selesai dalam masa terdekat dan masyarakat awam di sana masih berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. Serangan-serangan baharu boleh berlaku bila-bila masa,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori