Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penjara 15 Tahun Jika...

SYDNEY - Australia hari ini meningkatkan hukuman penjara kepada 15 tahuh ke atas...

Adenan Terima Kunjungan Hormat...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menerima kunjungan...

Aktor Muslim AS Calon...

NEW YORK - Seorang pelakon kulit hitam warga Amerika Syarikat (AS) yang beragama...

Universiti Malaya Tak Naikkan...

SYUKUR... Mahasiswa di Universiti Malaya (UM) boleh menarik nafas lega apabila memberikan jaminan...

PM Bersyukur Bot Tempur CB204, Anak Kapal Selamat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur apabila bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pada pagi Ahad ditemui dengan semua tujuh kru kapalnya selamat.

“Alhamdulillah. Berkat doa semua,” kata beliau menerusi akaun twitternya hari ini yang mengulas tentang pautan twitter Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengenai penemuan tersebut.

[BACA: TERKINI: 7 Anak Kapal CB204 Ditemui Selamat Tapi Kelaparan]

Abdul Aziz yang menggunakan akaun @ChiefofNavy pada petang semalam mengemaskini status “Bot CB204: Bot & semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16.”


Kemaskini akaun @ChiefofNavy turut menyatakan bahawa komander bot itu Leftenan Azri Bakar telah membuat panggilan melalui radio bagi memaklumkan semua anak kapal CB204 itu selamat, namun berada dalam keadaan lapar.

Bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori