BRUSSELS – Jaringan lewat Kieran Gibbs dan Lukas Podolski menyelamatkan Arsenal untuk menang 2-1 menentang Anderlecht pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Constant Vanden Stock, awal pagi tadi.
Tuan rumah bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Andy Najar yang membolosi gawang gol Arsenal pada minit ke-71.
Bagaimanapun, Gibbs yang mendapat umpanan Calum Chambers menyamakan kedudukan satu minit kemudian.
Podolski yang dimasukkan selepas itu memberi mata kemenangan Arsenal ketika permainan tinggal satu minit untuk masa kecemasan, sekali gus hadiah bermakna sempena hari jadi Arsene Wenger yang ke-65 semalam.
Dengan keputusan itu, Arsenal kini tiga mata di belakang pendahulu kumpulan, Borussia Dortmund, yang menang selesa, 4-0 ke atas Galatasaray. – AFP