Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ustaz Kazim Serah Pusat...

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menyerahkan Unit Tahfiz Darul...

Ahmad Bashah Sudah Semakin...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin...

“Spageti Bolognese Tak Wujud...

DATUK bandar Bologna, Virginio Merola mendakwa hidangan spageti bolognese sebenarnya tidak wujud sama...

“Kucing Mati Tu Saya...

BAGI seorang pemilik haiwan peliharaan, anda pasti mempunyai dilema apabila hendak meninggalkan kediaman...

Polis Di ESSZone Dapat Peruntukan RM90 Juta Tahun Lepas

LAHAD DATU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat peruntukan RM90 juta untuk membeli kelengkapan dan peralatan logistik bagi membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)  memantapkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), tahun lepas.

Pengarah Jabatan Logistik PDRM Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata peruntukan itu termasuk untuk membina bangunan dan prasarana PDRM di ESSZone.

“Peruntukan itu digunakan untuk pembinaan balai polis sementara di tujuh buah tempat melibatkan kos RM32 juta dan kelengkapan peralatan logistik sebanyak RM60 juta,” katanya kepada pemberita selepas memandu uji kenderaan pelbagai guna jenis ATV di pangkalan Polis Marin Lahad Datu di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap keselamatan di pantai timur Sabah tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM31 juta untuk membaik pulih pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan menambah kelengkapan peralatan persenjataan.


Sementara  itu, Zulkifli berkata pihaknya berpuas hati dengan kerja penambahbaikan pos-pos kawalan PGA di ESSZone.

“Dengan adanya kelengkapan itu, saya berharap anggota polis yang bertugas di ESSZone terus mempertingkatkan komitmen kerja agar kawalan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur Sabah terus terjamin,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori