Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perempuan Transgender Kini Hamil...

DILAHIRKAN sebagai perempuan tapi sibuk nak jadi lelaki. Bila dah jadi lelaki, sibuk...

Shafee Kembali Sebagai Peguam...

Peguam Shafee Abdullah kembali sebagai peguam Najib Razak dalam rayuan sabitan dan hukuman...

Netizen Minta Aliff Syukri...

SEBELUM ini jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri mempersoalkan mengapa lagu single duetnya...

Permohonan Pelajar Ke Sekolah...

PUTRAJAYA - Permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat...

Polis HK Serbu Kawasan Tunjuk Perasaan Awal Pagi Ini

HONG KONG – Beratus-ratus polis anti rusuhan Hong Kong melakukan serbuan di kawasan bantahan prodemokrasi dan mengalihkan sekatan dan meleraikan penunjuk perasaan pada awal pagi ini.

Operasi di kawasan Mong Kok itu tidak jauh dari pusat pentadbiran Hong Kong, dilakukan ketika kebanyakan penunjuk perasaan terbabit sedang tidur.

Tindakan itu mengurangkan kawasan tunjuk perasaan yang melumpuhkan sebahagian daripada hab kewangan Asia itu sejak tiga minggu lalu.

Operasi itu berjalan lancar tanpa banyak tentangan, tidak seperti sebelum ini di mana terdapat penunjuk perasaan yang bertindak ganas bagi membantah tindakan polis.

Tunjuk perasaan itu yang sebahagian besarnya disertai pelajar menggesa agar bekas jajahan British itu diberikan hak demokrasi sepenuhnya menjelang pilihan raya 2017 depan, sambil mendesak peletakan jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori