JOHOR BAHRU – Polis hari ini menasihatkan penyokong yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, esok supaya tidak menimbulkan huru-hara.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sudah mengarahkan anggota dan pegawai yang mencukupi untuk memantau dan mengawal keselamatan sepanjang perlawanan itu berlangsung.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Pegawai-Pegawai Lesen Senjata Api Bukit Aman dan Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini tadi. – BH Online