Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Petronas Beri Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Petronas dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyerahkan sumbangan berupa...

Bursa Saham Meneruskan Kerugian

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan meneruskan kerugian dalam dagangan hari ini dipacu...

Mohd. Bakke Jadi Pengerusi...

KUALA LUMPUR- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh...

Pengguna Kecewa Touch ‘n...

PENGGUNAAN kad prabayar Touch 'n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi lorong tunai...

Polis Pasang Pagar Besi Pisahkan Penyokong Anwar Dan Saiful

PUTRAJAYA – Polis memasang pagar besi bagi mengasingkan kumpulan penyokong Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mangsa yang didakwa diliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di hadapan Istana Kehakiman.

Hari ini merupakan hari kedua pendengaran rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.

Kedua-dua penyokong dipisahkan besi penghadang sepanjang 500 meter pada bahagian sebelah kiri dan kanan bangunan sebagai langkah memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini.

Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Mohd Saiful Bukhari yang berkumpul seawal 8 pagi di hadapan Istana Kehakiman membawa sepanduk bertulis ‘hormati Sultan dan Undang-undang’, ‘keadilan untuk Saiful’ dan pelbagai kata-kata perangsang untuk Saiful.


Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Suhaimi Adnan berkata kehadiran penyokong Mohd Saiful Bukhari terdiri daripada gabungan beberapa badan bukan kerajaan dan orang awam.

“Kedatangan kami untuk membuktikan kepada Saiful yang kami rakyat Malaysia bersamanya dalam menghadapi kesulitan ini,” katanya ketika ditemui.

Beberapa penyokong Anwar turut mengadakan majlis bacaan Yasin di kawasan mereka berkumpul. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori