Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 km sejam...

Ringgit Lemah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi...

Kini Masa Terbaik Peguam...

BUKTIKANLAH... Sekarang adalah masa yang paling baik untuk Peguam Negara, Tommy Thomas melakukan...

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi...

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas 'Raja Dadah' warga Malaysia...

Polis Pulau Pinang Tahan 5 Geng Kongsi Gelap

BUKIT MERTAJAM – Polis Pulau Pinang menahan lima lelaki yang dipercayai anggota geng kongsi gelap dalam pemeriksaan Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu di sebuah pusat hiburan di Auto City Juru di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri, SAC Nasir Salleh berkata lima lelaki berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun dibebaskan selepas polis mengambil keterangan mereka.

“Dalam operasi yang bermula pukul 10 malam tadi hingga 3 pagi ini, polis menyerbu beberapa pusat hiburan dan semasa serbuan di Auto City Juru itu, kami berjaya mengesan lima lelaki mencurigakan.

“Jadi polis membawa balik mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk didokumentasi dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi itu disertai 417 pegawai dan anggota polis serta dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).


Sementara itu, Nasir berkata dalam operasi itu pihaknya memeriksa seramai 1,119 individu dan menahan 12 daripadanya berikutan pelbagai kesalahan antaranya kes komersial, curi motosikal, merusuh, penagih dadah dan memiliki dadah.

Katanya pihaknya turut memeriksa sebanyak 443 buah kenderaan dan mengeluarkan 225 saman membabitkan pelbagai kesalahan serta menyita sebuah kereta kerana tiada cukai jalan.

“Dalam operasi itu, pasukan kami turut memeriksa sebuah premis di Perai dan merampas sebanyak 1,377 DVD cetak rompak bernilai RM13,777,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi pencegahan itu dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan jenayah di Pulau Pinang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori