Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peniaga, Pembantu Kedai Maut...

KOTA TINGGI - Seorang peniaga dan pembantu kedai maut apabila kenderaan yang dipandu...

Zahid Tak Wajar Anggap...

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilihat...

Siasatan Kerugian Mata Wang...

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas Siasatan Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara...

Permohonan Sijil Halal Penggiat...

KUALA TERENGGANU - Tahap kesedaran tentang kepentingan status halal dalam kalangan penggiat industri...

Polis Sabah Terus Komited Banteras Perjudian Haram

KOTA KINABALU – Polis Sabah terus komited dalam mempertingkatkan usaha membanteras kegiatan perjudian haram di seluruh negeri, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.

Katanya, polis negeri telah melancarkan 1,955 serbuan sejak Januari hingga 15 Okt lepas berbanding 1,843 serbuan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Seramai 581 orang, yang terdiri daripada 470 lelaki dan 111 wanita, ditangkap dari Januari hingga 15 Okt lepas berbanding 546 orang, yang terdiri daripada 462 lelaki dan 84 wanita, bagi tempoh sama tahun lepas.

“Dalam serbuan tahun ini, polis Sabah juga telah merampas 4,825 unit komputer termasuk komputer riba dengan anggaran nilai RM4.83 juta berbanding 2,649 unit dengan anggaran nilai RM2.65 juta tahun lepas,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Jumlah wang tunai dirampas turut meningkat dalam serbuan tersebut kepada RM96,200 berbanding RM49,437 yang dirampas dalam tempoh sama tahun lepas, katanya.

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda RM10,000 hingga RM100,000 bagi setiap mesin judi dirampas dan penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.


Jalaluddin berkata polis Sabah turut bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd yang bertindak memotong bekalan elektrik premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian haram.

“Sebanyak 16 premis di seluruh Sabah telah dipotong bekalan elektrik setelah polis membuat permohonan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan 36 kelab perjudian berlesen dan 52 pusat hiburan keluarga berlesen di seluruh negeri supaya mematuhi peraturan lesen yang ditetapkan.

“Kelab perjudian hanya untuk ahli kelab, manakala pusat hiburan keluarga tidak boleh mengubah suai mana-mana mesin hiburan kepada alat perjudian,” katanya.

Jalaluddin meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan perjudian haram dengan menghubungi bilik gerakan polis kontinjen Sabah di talian 088-454851. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori