Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

JKKK Diminta Pastikan Kampung...

ARAU - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru perlu memastikan kampung...

Penjawat Awam Boleh Kira...

KUALA LUMPUR : Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada...

3 Nelayan Indonesia Hanyut...

KEMAMAN - Tiga nelayan lelaki warga Indonesia ditemui selamat selepas seminggu menempuh suasana...

Ibu Terdesak Curi Kerana...

PETALING JAYA - Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada seorang wanita yang...

Polis Serbu Bukit Bintang Jejak Suspek Letup Bom

POLIS menyerbu enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi bagi menjejaki suspek kes letupan bom di Bukit Bintang, Khamis lalu.

Operasi mengejut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, dibantu Pasukan Taktikal Khas Jenayah (STAFOC) ke atas enam premis terbabit dibuat selepas polis mempercayai lokasi itu menjadi tumpuan individu yang terbabit dalam aktiviti kongsi gelap untuk bertemu dan berhibur.

Memetik laporan BH Online, seramai 620 pengunjung dan kakitangan enam premis hiburan berkenaan turut diperiksa.

bUKIT BINTANG1

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata melalui operasi sedemikian, pihaknya yakin kes itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.


Katanya, hasil penahanan beberapa individu, berkemungkinan mempunyai maklumat dan terbabit secara tidak langsung dengan insiden berkenaan akan mempercepatkan siasatan.

“Setakat ini kita dapat menahan individu yang mungkin dapat bantu kita selesaikan kes letupan itu disamping membanteras elemen kongsi gelap, maksiat dan dadah yang dipercayai turut wujud di sebalik operasi di premis berkenaan,” katanya ketika ditemui hari ini. :MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori