Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kemenangan PH Lakar Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Tahun 2018 menyaksikan sejarah terukir apabila Malaysia buat pertama kali...

SIC Yakin Jumlah Kehadiran...

SEPANG - Kehadiran penonton yang melepasi sasaran awal pada hari perlumbaan Grand Prix...

Kurikulum Baharu 2027: KPM...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan Jerayawara Jelajah Pendidikan ke seluruh negara bermula...

“Rupanya Mayat Anak Sendiri”

KUALA SELANGOR - Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah tidak...

Polis Tahan 42 Penagih Dadah Di Jelutong

GEORGETOWN – Polis menahan 40 lelaki dan dua wanita disyaki penagih dadah dalam serbuan di sebuah tapak pelupusan sampah di Jelutong, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kang berkata, dalam Op Mutiara Bersepadu dari 4 pagi hingga 10.30 pagi itu, polis melakukan kepungan melibatkan 10 laluan keluar masuk ke tapak sampah itu bagi mengelakkan penagih dadah terbabit meloloskan diri.

“Dua bot Pasukan Polis Marin Wilayah Satu turut diarah bersedia jika suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata, lima lelaki daripada suspek yang ditahan turut didapati memiliki sejumlah heroin dan syabu yang diisi dalam beberapa paket kecil dan straw.


“Polis percaya selain menagih mereka turut mengedar dadah itu secara kecil-kecilan dengan menjadikan tapak pelupusan itu sebagai tempat jual beli dadah,” katanya.

Beng Kang berkata, penagih dadah berusia antara 30 dan 50 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori