Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Erin Malek: Pakai Tudung...

RAMAI peminat pelakon Erin Malek sudah mengetahui mengenai penghijrahannya yang mengenakan hijab sejak...

Izara Aisyah Sanggup Berlakon...

Bila sebut filem arahan Osman Ali, pasti ada yang boleh menjangkakan filem tersebut...

Remaja Lelaki Maut Motosikal...

KEPALA BATAS - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan mangsa...

Nuri Masih Berguna Tugas...

KUALA LUMPUR - Penggunaan helikopter Nuri masih relevan dan diperlukan oleh Tentera Udara...

Polis Tahan Bakal Pengantin Disyaki Terlibat Dengan ISIS

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang klia2 pada Ahad.

Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS.

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.

Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan pula dikatakan mempunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.


Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.

Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.

Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.

Sejak April hingga 21 Sept tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori