KUALA LUMPUR – Program pegang anjing suatu usaha halus untuk meruntuhkan pegangan umat Islam negara ini terhadap aspek tradisi dalam soal agama.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bukan itu sahaja malah banyak aktiviti masa kini yang cuba menyalahi amalan kebiasaan Islam atas alasan `inovasi’.
“Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti.
“Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, bagi seorang pluralis dan liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka.
Maka, kata beliau, menyanggahi tradisi termasuk agama adalah suatu keperluan bagi golongan itu.
“Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism,” katanya.
Semalam ramai tokoh agama tampil membantah penganjuran program “Saya Mahu Sentuh Anjing†yang diadakan di Central Park, pusat beli-belah One Utama kelmarin.
Malangnya, perkara itu dianggap remeh oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang belum pun cukup 100 hari dilantik memegang jawatan tersebut. – mynewshub.cc