Thursday, January 16, 2025

Creating liberating content

Saudi Jel, Sebat Buruh...

MAKKAH - Hampir 50 buruh warga asing dihukum penjara dan sebat oleh pihak...

Fahmi: Keputusan Padam Hantaran...

Wakil Meta akan datang ke Kuala Lumpur pada minggu depan untuk menjelaskan mengapa...

Kekanda Kepada Yang Di-Pertuan...

ALOR SETAR - Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90, kekanda kepada Yang di-Pertuan...

DAP Pula Cabar PAS...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari mencabar Setiausaha Agung PAS,...

Program Sentuh Anjing Didakwa Dapat Kebenaran Majlis Agama

Seperti diketahui, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun mengeluarkan kenyataan akan menyiasat program ‘I Want To Touch A Dog’ yang diadakan semalam di Central Park, One Utama.

Kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha hari ini.

Menurut beliau program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

[BACA – JAKIM Siasat Program ‘I Want To Touch A Dog’ ]

“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Bagaimanapun, di laman Facebook penganjur program berkenaan, Syed Azmi Alhabshi, seorang penyokong program berkenaan memaklumkan bahawa ia sudah mendapat lampu hijau dari pihak masjid dan Majlis Agama Islam.

Anjing_1

Individu berkenaan Hariz Said berkata program berkenaan merupakan satu inisiatif  komuniti Muslim di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), yang diketuai Syed Azmi.

“Mari kita lihat realiti, kita tahu anjing najis berat tetapi fobia masyarakat kita kepada anjing itu keterlaluan sampai nampak anjing saja nak lari, tak selesa, nak bunuh, nak pulau pemiliknya, menyertu rumah pangsa dan benda mengarut yang masyarakat kita buat kerana takut najis anjing.


“Kita tidak sensitif bahawa anjing itu kadang-kadang haiwan peliharaan jiran non-Muslim dan lebih-lebih lagi, anjing itu makhluk Allah juga.

“Tujuan program ini adalah untuk kurangkan fobia masyarakat kita terhadap anjing, bukan semua yang datang akan sentuh. boleh je datang untuk lihat,” katanya dalam satu posting di laman Facebook Syed Azmi.

Menurut beliau, pihak penganjur sudah pun bertanyakan dulu kepada ustaz sebelum mengadakan majlis seumpama itu.

“Tak silap saya, salah satu slot dalam program tersebut ada sesi penerangan Fiqh berkenaan anjing oleh agamawan.

“Jadi, kenapa masih ingatkan komuniti kami buat benda ini kerana suka-suka nak sentuh najis?” katanya.

Pelbagai pihak tampil hari ini mengkritik program berkenaan yang disifatkan sebagai menghina Islam dan juga mazhab Imam Shafie yang diikuti oleh umat Islam di Malaysia.

Soalnya, pihak JAKIM perlu siasat apabila dikatakan majlis itu sudah pun mendapat kebenaran daripada masjid dan majlis agama, majlis agama mana kerana JAKIM pun tidak mendapat lengkap berkenaan majlis itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori