Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keselamatan Rakyat Sabah Sentiasa...

SANDAKAN - Keselamatan dan keamanan rakyat di negeri ini sentiasa dalam keadaan terjamin...

Siti Noor Radiah Sumbang...

INCHEON - Atlet olahraga negara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat emas pertama...

Kesihatan Membimbangkan, Bob Lokman...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Pelakon dan pelawak Bob Lokman...

Anak Babi Masuk Klinik,...

SUASANA menjadi kecoh di Klinik Kesihatan Kampung Kenangan Datuk Onn, Batu Pahat, Johor...

Provokasi Adik PM Albania Tunda Kelayakan Euro 2016

Perlawanan pusingan kelayakan Euro 2016 antara Serbia dan Albania menjadi kecoh dan terpaksa dihentikan oleh pengadil akibat pergaduhan yang tercetus antara permain, jurulatih, pegawai dan penyokong kedua-dua pasukan.

Pertelingkahan tersebut dikatakan telah dimulakan dengan provokasi oleh adik Perdana Menteri Albania, Edi Rama iaitu Olsi.

Menurut laporan, Olsi yang duduk di kawasan tempat duduk orang kenamaaan di dalam stadium, menggunakan ‘drone’ bagi mengawal bendera Albania yang diterbangkannya di sekitar Stadium Patrizan, Belgrade.

Situasi menjadi hangat pada minit ke-41 apabila bendera tersebut kemudiannya disambar oleh penyerang Serbia, Stefan Mitrovic lalu menariknya turun sebelum timbul kekecohan.

http://www.youtube.com/watch?v=7nhf201D4OQ

http://www.youtube.com/watch?v=hJSQf737Agw


Berang dengan situasi tersebut, ratusan penyokong Serbia kemudiannya turun ke padang namun berjaya dikawal oleh pihak berkuasa.

Martin Atkinson, pengadil perlawanan tersebut terpaksa menghentikan pertemuan dengan seri 0-0 selepas ia tertangguh selama setengah jam.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengharamkan para penyokong Albania untuk datang ke Belgrade, namun mengizinkan perlawanan dibuat sekali lagi walaupun berdepan dengan tekanan politik.- MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori