Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2,798 Kes Covid-19, 7...

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 2,798 kes dengan lima kes...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic,...

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic...

Dewan Rakyat Lulus Usul...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan...

Infografik Tanda Awal Budak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melancarkan infografik yang...

Pukul Anak Kerana Biskut Habis, Bapa Dipenjara 8 Bulan

Amarah yang tak kena pada tempat akhirnya membawa padah kepada seorang bapa.

Mengaku bersalah kerana mendera dua orang anaknya yang berusia lapan dan lima tahun, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan dan denda RM 8 ribu.

Menurut laporan Berita Harian online, Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan dan RM 4 ribu bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Suhaimie Ahmad Tahir, 36.

Hukuman tersebut diarah untuk berjalan serentak. Kamar mahkamah juga memutuskan untuk memenjarakan tertuduh selama lima bulan andai dia gagal membayar denda.

Ahmad Suhaimie didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat berdekatan Pantai Dalam pada 19 Oktober lepas.

Memetik fakta kes yang dilaporkan BERNAMA, ketika kedua-dua mangsa berada di rumah, si bapa bertanyakan soalan, “siapa yang habiskan biskut?”

Apabila anak-anaknya saling tuduh-menuduh, si bapa kemudiannya berang lantas mengambil air panas dari periuk dan meletakkan di hadapan mereka, dan mengulangi soalan sama.


Masih gagal mendapatkan jawapan, si bapa kemudiannya mengambil tangan kiri anak lelakinya yang berusia lima tahun lalu mencelup ke dalam air panas tersebut. Dia juga dilaporkan menampar muka kanak-kanak malang itu.

Perbuatan sama dilakukan kepada anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prakdit memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh kerana hukuman denda tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami mangsa, dan mendera kanak-kanak adalah kesalahan serius. – MYNEWSHUB

 

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori