Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Bina Laluan Alternatif Kurangkan...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin mahu laluan...

Hutang, Liabiliti Negara RM1.1...

KUALA LUMPUR ā€“ Hutang dan liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat akhir tahun...

Sembilan Lagi Mayat Ditemui...

SHAH ALAM - Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu sehingga tengah hari...

Madame Tussauds Pisahkan Patung...

TIDAK sampai 24 jam berita penceraian pasangan terkenal Brad Pitt dan Angelina Jolie...

Raja Muda Mahu Pelajar IPTA Miliki Jati Diri Jitu

ARAU – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu setiap pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA sentiasa memiliki jati diri yang jitu di samping mengutamakan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Titah baginda dengan sebab itulah setiap IPTA di negara ini menganjurkan program latihan khusus kepada mahasiswa, termasuk dalam pasukan beruniform, untuk mendidik disiplin kepada pewaris masa depan negara itu.

“Mereka yang terlibat dalam latihan tersebut harus sentiasa cekal dalam menjalankan amanah, akur arahan dan mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi,” titah baginda semasa merasmikan tamat latihan intensif bakal komander pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus UiTM Perlis di sini hari ini.

Latihan 13 hari itu melibatkan 326 peserta terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tujuh kampus UiTM dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Puncak Alam Puncak Perdana, Seremban dan Kuala Pilah untuk membolehkan mereka menjadi komander dalam pasukan Kesatria masing-masing.

Baginda berharap mereka yang terpilih menjadi komander dapat menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar lain dalam bidang akademik dan kokurikulum selain mempamerkan kecemerlangan serta kebolehan yang tinggi pada sebilang masa.


“Besarlah harapan saya agar setiap komander tersebut menggunakan pengalaman mereka untuk mencorakkan sesuatu yang positif dan profesional dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan agar imej pasukan masing-masing sentiasa dipelihara seterusnya memartabatkan UiTM dan aspirasi negara di kaca mata masyarakat,” titah Raja Muda.

Sebelum itu dalam ucapannya, Rektor UiTM Perlis Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata latihan intensif bakal komander merupakan program tahunan UiTM bagi melahirkan komander Kesatria yang berilmu dan berdisiplin.

Katanya antara pengisian program tersebut adalah latihan bercorak ‘ala ketenteraan’ bermula dengan latihan kawad kaki, latihan kawad pedang, latihan jasmani, latihan hutan, latihan baca peta dan pandu arah di samping ceramah kepimpinan dan teknik pengendalian anggota. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori