KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menerima kunjungan hormat Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Istana Negara, Jalan Duta di sini.
Rombongan lapan anggota itu diketuai Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga isteri Perdana Menteri.
Seri Paduka berkenan meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah-mesra dengan mereka.
Rosmah berkata kunjungan hormat itu bertujuan mengundang Tuanku Hajah Haminah ke majlis santapan malam sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di Putrajaya pada 6 Nov ini.
Beliau berkata Seri Paduka berkenan berangkat ke majlis santapan malam itu yang bertema ‘Sentuhan Songket’. – BERNAMA