Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengguna E-Dompet Malaysia Kian...

KUALA LUMPUR - Satu kaji selidik mendapati bahawa bilangan pengguna e-dompet di Malaysia...

UMNO Hulur Silaturahim Kepada...

KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan "tali silaturahim"...

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh...

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu,...

Bas Ekspres Terbabas &...

BATU PAHAT – Enam belas penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik cemas apabila...

Wartawan RTM Buat Liputan Pencarian MH370 Di Dasar Laut

PERTH – Dua wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membuat liputan siasatan di dasar laut untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi, 3,000 km dari Perth.

Wartawan kanan RTM, Awaludin Abdul Ghani, 51, dan jurukamera, Abdul Halim Mohd Yusof, 44, akan menaiki kapal, GO Phoenix, yang dilengkapi dengan kenderaan sonar ditunda Pro Synthetic Aperture Sonar atau Prosas, untuk memberikan liputan berita selama 30 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertahanan dan Penerbangan DEFTECH DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, Amril Samsudin berkata, kapal sepanjang 90 meter itu akan bertolak dari pelabuhan Freemantle di sini untuk operasi Khamis ini.

Prosas, kenderaan pengesan yang canggih itu, yang dilekatkan kepada kapal itu dengan kabel tunda, diprogramkan untuk mengesan bahagian terbesar pesawat mungkin dalam satu bahagian seperti enjin dan fiuslaj.

Kapal itu akan menyertai operasi mencari dengan kapal Fugro Discovery dan Fugro Equator yang disewa kontrak oleh Malaysia-Australia.


Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui, walaupun selepas usaha mencari secara besar-besaran melibatkan pelbagai negara dilancarkan di selatan Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai berakhir selepas tersasar dari laluan asal.

Usaha mencari pesawat itu masih dijalankan tanpa sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori