Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Singapura Rampas Puluhan Basikal...

SINGAPURA - Lazimnya pihak berkuasa tempatan menyita kereta atas kesalahan parkir di tempat...

‘Budak Baik’ Diseksa Hingga...

Sydney - Seorang remaja lelaki dijadikan tawanan dan didera secara seksual serta dipukul...

Kedutaan Amerika Syarikat Tutup...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akan ditutup pada 11...

Penagih Maut, 3 Petugas...

KUANTAN - Seorang penagih dadah wanita yang dalam perjalanan ke Pusat Pemulihan Narkotik...

Rapid Penang Kaji Keselamatan Pemandu Bas

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mempertingkatkan tahap keselamatan untuk kapten bas RapidPenang berikutan insiden seorang penumpang bas menyerang dan mencederakan pemandu bas RapidPenang di Jalan Paya Terubong, di Relau, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Kumpulan Prasarana merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus), Zulkifli Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kesatuan Sekerja Rapid Bus untuk mengkaji langkah-langkah keselamatan tersebut.

“Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6 pagi semalam, seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman menikam kaki kapten bas, Aisyamudin Yaacob, 27, yang sedang memandu bas RapidPenang dari Pengkalan Weld ke arah Balik Pulau apabila kapten bas tersebut tidak menurunkan penumpang tersebut di tempat yang diingini kerana kawasan tersebut kurang selamat dan bukan tempat perhentian biasa.

“Aisyamudin menurunkan penumpang tersebut di tempat perhentian yang berdekatan dan sejurus kemudian ditikam di bahagian kaki oleh penumpang tersebut.  Aisyamudin yang berasal daripada Pasir Puteh, Kelantan, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ambulans ke Hospital Pulau Pinang berikutan bantuan daripada rakan sekerja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Zulkifli berkata, suspek kejadian tersebut berjaya ditahan polis dengan kerjasama beberapa kapten bas RapidPenang awal pagi tadi dan pihaknya memandang berat terhadap kejadian yang mengejutkan dan tidak diduga tersebut.

Menurut beliau, Prasarana akan memberi bantuan dan sokongan yang sewajarnya demi kebajikan Aisyamudin dan ahli keluarganya memandangkan Aisyamudin yang masih bujang menyara kehidupan keluarga termasuk dua adik bongsu yang masih bersekolah.

“Pekerjaan sebagai kapten bas penuh dengan dugaan dan cabaran. Selain bekerja dalam jangka waktu yang berpanjangan, kapten bas kerap mengharungi kesesakan lalu lintas, di samping perwatakan dan kehendak para penumpang yang pelbagai,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori