Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

APSF Beri Indon Kebenaran...

KUALA LUMPUR : Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengundi memihak...

Rita Rudaini – ‘Itu...

RASANYA semua sudah sedia maklum mengenai tuntutan muta'ah berjumlah RM300,000 yang telah difailkan...

Pencuri Perangai Pelik Kemaruk...

Seorang pencuri yang kemaruk dengan kasut dilapor mencuri kasut dari kaki wanita di...

Najib Tiba Di Istanbul...

ISTANBUL - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada...

Rasakan… Padah Kutuk Orang Melaka Di Twitter!!

Jarang dah kedengaran semenjak kebelakangan ini, pengguna di laman sosial mengutuk negeri-negeri di Malaysia dan penduduknya.

Hari ini, seorang pengguna twitter dengan nama Helmi Halim dengan akaun @_emint_ membuat gurauan tetapi ia dianggap sebagai satu penghinaan ke atas negeri Melaka.

Dia memulakan gurauan dengan tweet berserta hashtag #SatuMalaysiaBenciMelaka.

[BACAGambar Cikgu Cantik Pakai Kebaya Viral Di Laman Sosial, Whatsapp]

Tweet Helmi kemudian mempersoalkan pula adakah dalam kalangan rakyat Malaysia yang menyukai negeri Melaka sambil mengata rakyat negeri bersejarah itu.

BenciMelaka_1

“Ada ke rakyat Malaysia suka negeri Melaka? Rakyat dah lah hitam, 24 jam pulak tu mencarut,” katanya.

Tweet berkenaan mendapat kecaman di laman sosial dan sampai ada yang mahu memandikan individu itu dengan kuah asam pedas iaitu makanan yang popular di negeri itu.

Melaka_2


Kisahnya, Helmi itu hanya bergurau dengan rakannya dalam twitter mereka yang dikatakan peribadi tetapi tweet kontroversi itu telah dikongsikan dan disebarkan ke laman sosial lain termasuk Facebook.

Pelbagai persepsi diberikan kepadanya sehingga ada yang mengatakan dia benci kepada negeri Melaka kerana kecewa dengan gadis Melaka.

Melaka_3

Melaka_4Melaka_5

Ada juga ramai yang begitu marah dengan tweet berkenaan dan mempersoalkan kenapa Helmi begitu membenci negeri itu.

Melaka_7

Sudahnya, Helmi akhirnya menulis tweet yang berbunyi sesalan apabila ada pengguna twitter menghasilkan hashtag #DontMessWithMelaka dan berjanji tidak akan menulis tweet seperti itu lagi. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori