Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jatuh Semasa Main Bola...

MALANG menimpa pelakon dan penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail apabila...

KPM Nafi ‘Pasukan De...

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memandang serius tulisan di media sosial mendakwa ada 'pasukan de...

3,764 Kes Dilaporkan Hari...

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,764 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes...

Banjir Sarawak: 4 PPS...

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan pengurangan kepada 4,686 orang setakat...

Rayuan Liwat Anwar : Suasana Di Istana Kehakiman, Putrajaya

PROSIDING rayuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bokhari bakal didengari pada hari ini di Istana Kehakiman, Putrajaya.

13

11

10

9

Pintu masuk utama Istana Kehakiman kini dibanjiri anggota keselamatan yang berkawal, pihak media yang bertugas serta kira-kira 200 Angkatan Pemuda Keadilan yang setia menunggu ketibaan Anwar, yang mana prosiding rayuannya bakal dimulakan pada jam 9 pagi ini.


Penyokong Anwar mula berhimpun dan melaungkan slogan Reformasi di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada jam 8.50 pagi ditemani isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail . Turut hadir juga Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria akan mengetuai panel lima hakim dalam rayuan kes liwat kedua Anwar Ibrahim hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori