Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Siaran Radio FM Dimansuh,...

BAYANGKANLAH generasi yang lahir selepas tahun 2000 bukan sahaja tidak pernah mendengar siaran...

Kini Di Tempat Ke-3,...

IMPIAN rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak tanah air untuk melihat satu-satu wakil...

Saksikan Gerhana Bulan Penuh...

PORT DICKSON - Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama...

Najib Harap Rakyat Sarawak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan supaya pengundi...

Rayuan Terakhir Kes Liwat Anwar Bermula Hari Ini

PUTRAJAYA – Rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili Anwar, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Berpakaian sut gelap, anggota Parlimen Permatang Pauh itu tiba di mahkamah pada 8.55 pagi ditemani isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak, termasuk anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Mahkamah penuh sesak dengan wartawan tempatan dan luar negara dan juga orang awam.

Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan telah mendapati Anwar bersalah dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yangmemperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan kimia untuk dianalisis.

Namun, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hakim perbicaraan membuat kesilapan serius apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah mensabitkan Anwar terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori