Poul Hjortbol, seorang pegawai bomba di Denmark terus berhenti kerja sebaik sahaja memenangi wang tunai lebih 15 Juta Danish Krone (RM8.8 juta).
Dia kemudiannya mengatur cara terbaik untuk memberitahu dua anak lelakinya tentang berita gempak ini dan merakamnya.
Di permulaan video, kelihatan Poul mula menceritakan beberapa perkara sebelum memberikan setiap seorang anaknya wang sebanyak 5 ribu dan iPad – ini pun dah cukup membuatkan mereka teruja.
Kemudian apabila dia memberitahu jumlah wang loteri yang dimenanginya sebanyak 200 ribu sahaja, anak-anaknya kelihatan sangat gembira.
Apa pula jadinya bila dia beritahu sebenarnya dia memenangi 15 Juta?
Saksikan video di atas. - MYNEWSHUB.CC
*Video ini bertujuan untuk hiburan semata-mata. Judi adalah haram di sisi agama Islam.
Oleh: hzqahmd