Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4 Kedai Sederet Musnah...

BESUT - Dua kedai makan dan masing-masing sebuah kedai runcit serta kedai menjual...

Enggan Kerjasama: Dr. Mahathir...

SEREMBAN : Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi...

KPT Laksana Pembelajaran Secara...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkenalkan sistem pembelajaran secara hibrid...

Serpihan Dari Mozambique Hampir...

KUALA LUMPUR - Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti berasal dari...

Tragedi Deepavali.. Remaja India Parah Dilanggar Keretapi

Malang tidak berbau, itu ungkapan bagi mengambarkan kejadian tragis seorang remaja lelaki apabila dilanggar Keretapi Senandung Wau 28NK di Kilometer 226.5, Tanjung Lipis, pada hari perayaan sambutan Deepavali.

Mangsa, G Nagaya yang berusia 17 tahun tinggal di Kampung Tanjung Lipis mengalami cedera parah di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.

Kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 pagi disedari oleh pemandu keretapi berkenaan selepas berasa kenderaan itu terlanggar sesuatu lantas dia segera memaklumkan kepada seorang anggota polis bantuan di KTM Kuala Lipis.

Memetik petikan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, “Anggota polis bantuan itu bersama beberapa orang awam bergegas mengangkat mangsa dan membawanya ke HKL sebelum dipindahkan ke HOSHAH untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan parah di kepala.”


Difahamkan, ketika kejadian Keretapi Senandung Wau 28NK dalam perjalanan menghala ke Tumpat, Kelantan dari Kuala Lumpur untuk menghantar penumpang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH R

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori