KEJADIAN tembakan di kafeteria di sebuah sekolah tinggi di Marysville, Washington, baru-baru ini telah mengorbankan seorang pelajar dan juga si penembak, Jaylen Fryberg, 15.
Jaylen kemudiannya mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri selepas menembak mati seorang rakan pelajar dan mencederakan empat pelajar lain yang mana dua daripadanya merupakan sepupunya sendiri.
Memetik Dailymail, Jaylen, dikatakan mengambil keputusan nekad itu selepas kecewa cintanya ditolak oleh gadis pilihannya yang tidak didedahkan identitinya.
[BACA – Pelajar Tembak Mati Rakan Sekelas Di Washington]
Yang lebih menambahkan sakit hatinya ialah apabila gadis tersebut dilaporkan berpacaran dengan sepupu Jaylen sendiri iaitu salah seorang mangsa tembakannya, Andrew Fryberg.
Beberapa hari sebelum kejadian, Jaylen dipetik menulis status amarahnya di laman Twitter, yang berbunyi, “Dude. She tells me everything. And now I f*****g HATE you! You’re no longer my ‘Brother”.
Pihak berkuasa dilaporkan masih lagi menyiasat punca sebenar tercetusnya insiden terbabit sementara empat mangsa tembakan, Gia Soriano, Shalyee Chuckulnaskit, Nate Hatch dan Andrew Fryberg masih lagi berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di hospital berdekatan. – MYNEWSHUB
Oleh: JULIANA JOHAR