Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Gempa Bumi: 85 Rakyat...

Kuala Lumpur : Kementerian Luar mengesahkan seramai 85 rakyat Malaysia yang berada di...

Lans Koperal Ditahan Bersama...

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama pelbagai jenis...

Kebakaran Besar Di Depoh...

MOSCOW: Kebakaran besar berlaku hari ini di depoh bahan api di Sevastopol, pelabuhan...

PRU14 Tidak Beri Kesan...

KAMPAR - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada 9 Mei...

Remaja OKU Maut Jatuh Dari Tingkat 13 Pangsapuri

SEORANG remaja kurang upaya (OKU), Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, maut selepas jatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Dumbar, Georgetown, Pulau Pinang dalam kejadian petang tadi.

Jurucakap polis berkata, remaja itu dipercayai terjatuh apabila memanjat kerusi di balkoni rumahnya dan ditemui cedera parah kira-kira jam 4.02 petang.

Mayat mangsa ditemui di kawasan laluan kenderaan di tingkat dua.

“Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui berpakaian lengkap dan mati di tempat kejadian. Hasil soal siasat mendapati mangsa menetap bersama neneknya manakala ibunya berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana dilaporkan mengalami angin ahmar dan bapanya sudah meninggal dunia,” memetik laporan portal Harian Metro.

Mangsa dikatakan seorang yang hyperaktif dan mayatnya kemudian dihantar ke HPP untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori