Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Satu Batalion PGA Gempur...

Hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...

Tarikh Semakan Tawaran Ke...

PUTRAJAYA: Tarikh semakan tawaran kemasukan Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 Sijil...

Dua Siswi Bernafsu Songsang...

JOHOR BHARU - Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian...

Ismail Berpantun Sindir, Mahathir...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pagi ini dibuka dengan dengan pantun sindiran...

Restoran Mamak Al Ehsan NAFI Masak Guna Bakon Khinzir

Susulan kes seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah restoran mamak di Wangsa Maju menggunakan bakon khinzir dalam masakannya yang viral di laman sosial dan WhatsApp sehari dua ini, individu mewakili restoran mamak terbabit tampil membuat penafian.

BACA: Pengguna FB Dakwa Restoran Mamak Masak Bakon Khinzir

Pengguna akaun FB Sulthan Alehsan memuat naik status di bawah yang diharap dapat disebarkan bagi membetulkan persepsi orang ramai terhadap restoran Al Ehsan selepas penyebaran maklumat silap.

alehsan

Salam kepada semua. Bagi pihak Restoran Al-Ehsan, saya telah mendapati satu pos salah tentang Restoran kami di dalam Facebook oleh “***”. Pos tersebut telah dimuat naik. Bagi pengetahuan semua, senarai barangan tersebut jelas di tulis “5 pkt” dan kami menggunakan bacon daging lembu untuk set menu sarapan. Kami memberikan 100% jaminan bahawa kami menghidangkan makanan yang halal di semua cawangan kami. Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. 

Kesilapan dipercayai berlaku apabila dalam senarai barangan yang perlu dibeli pekerja restoran tersebut; tertulis perkataan ‘becon 5 pkt’ tetapi dibaca oleh lelaki yang menyebarkan berita silap ini sebagai ‘becon pig’.

Difahamkan, pemilik restoran Al Ehsan sudah pun membuat laporan polis agar pemilik FB yang menyebarkan cerita fitnah terhadapnya menarik balik status berkaitan dan memohon maaf.


Bagi kami ini adalah satu salah faham dengan niat asal mungkin cuma mahu berkongsi perkara penting dengan umat Islam. Malangnya ia dibuat terlalu gopoh dan akibatnya niat mulia yang sepatutnya dapat pahala bertukar dosa kerana memfitnah.

Pemeriksaan kami di FB individu yang memuat naik perkara ini mendapati status berkenaan sudah pun dipadamkan.

Moralnya, hati-hatilah dan pastikan sahih dahulu sebelum membuat perkongsian di laman sosial.

Kalau tak pasti, jangan gunakan ayat seolah-olah ia memang confirm berlaku kerana maklumat yang kita pos mampu tersebar dengan pantas dan melibatkan ramai orang jadi kalau tersilap memang buruk padahnya. - mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori