Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat EC725 Dihantar Ke...

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di...

29 Mac Keputusan Inkues...

KUANTAN - Keputusan inkues kematian dua beranak semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi...

Perpustakaan Di AS Ini...

WOW! Selain buku, kini tali leher pun dah boleh dipinjam di perpustakaan.Sebuah perpustakaan...

Rakyat Kedah Diseru Kibarkan...

ALOR SETAR – Rakyat negeri ini perlu mengambil peluang menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan...

RM500,000 Baik Pulih Muzium Seri Menanti

KUALA PILAH – Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) membelanjakan RM500,000 untuk membaik pulih dan memulihara Muzium Diraja Seri Menanti di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Abdul Razak Ab Said berkata proses pemuliharaan muzium tersebut telah dimulakan pada 16 Ogos yang lalu dan dijangka siap penghujung tahun ini.

“Muzium ini akan dibuka semula kepada pengunjung pada 1 Januari hadapan dan kami menyasarkan sebanyak 100,000 pelawat mengunjungi muzium ini,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan kerja ke Muzium Diraja Seri menanti di sini dan Teratak Za’ba di Batu Kikir.

Pada tahun 2013, muzium berkenaan telah dikunjungi 35,000 pelawat.

Turut serta dalam lawatan kerja tersebut ialah Pengarah LMNS, Shamsuddin Ahmad.

Abdul Razak berkata, LMNS akan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mempromosikan muzium tersebut.

“Kalau boleh kita mahu pelajar sekolah dan golongan belia mengunjungi muzium ini untuk mereka lebih mengenali warisan adat Negeri Sembilan dan menanam semangat cintakan negara dalam diri mereka,” katanya.

Selain itu, LMNS turut membelanjakan RM100,000 untuk membina semula rumah Tukang Kahar, pereka asal pelan Muzium Diraja, di perkarangan muzium.


Shamsuddin berkata, usaha membina semula rumah Tukang Kahar adalah kerana keunikan corak ukiran yang terdapat pada rumah tersebut serta membolehkan generasi sekarang mengenali pereka pelan muzium berkenaan.

“Rumah asal Tukang Kahar terletak di Kampung Tengah, Tanjung Ipoh di sini dan Pengarah Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia, Dr Muhammad Pauzi Abd Latif telah membeli kayu-kayu yang digunakan untuk membina rumah Tukang Kahar dari waris keluarga Tukang Kahar.

“Beliau kemudiannya telah mendermakan kayu-kayu tersebut kepada pihak muzium untuk dibina semula rumah Tukang Kahar,” katanya.

Rumah Tukang Kahar dijangka siap menjelang hujung tahun ini dan dibuka kepada pengunjung pada awal tahun hadapan.

Muzium Diraja Seri Menanti pada asalnya adalah Istana Lama Seri Menanti yang telah dibina pada 1902 dan siap dibina enam tahun selepas itu.

Muzium ini bukan sahaja diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) tetapi juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai istana kayu tertinggi di negara ini.

Keunikan Istana Lama empat tingkat ini terletak pada bahan binaanya yang diperbuat daripada kayu keseluruhannya dan tidak menggunakan sebarang paku besi, sebaliknya menggunakan pasak sepenuhnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori