Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Derita Ibu Sakit Kanser...

BALING - Pelbagai bentuk bantuan mula dihulurkan kepada Zarina Jusoh, 45, yang menderita...

Arab Saudi Benarkan Wanita...

RIYADH - Selepas diberi kebenaran memandu kereta, wanita Arab Saudi kini berpeluang menunjukkan...

Nukilan Menyentuh Hati Anak...

SETIAP orang pasti ada kisah tersendiri bersama insan bergelar bapa. Begitu jugalah dengan...

Kempen Kesedaran Di Sweden...

Jika anda perhatikan, kaedah papan iklan (Billboard) yang berubah-ubah adalah salah satu daripada...

RM500,000 Projek Tebatan Banjir Di Shah Alam

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk menaik taraf beberapa infrastruktur melibatkan projek tebatan banjir di bandaraya itu.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata ini adalah bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku terutama di kawasan Seksyen 13 di sini.

“MBSA telah bersetuju untuk menggunakan peruntukannya bagi menaik taraf dua kolam takungan air yang terletak di simpang masuk ke Management Science University (MSU) di sini dan di belakang Masjid Naza TTDI di sini.

“Saya percaya dengan usaha ini akan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi banjir kilat di Seksyen 13. Turut serta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd. Atan.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata beliau juga sedia maklum dengan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Sungai Rasau di sini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai tindakan selanjutnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori