Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Produk Penjagaan Kulit Halal...

KUALA LUMPUR - Momohime, rangkaian barangan penjagaan kulit halal yang diperbuat secara eksklusif...

Ujian Saringan Meningkat Susulan...

KUALA LUMPUR - Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia Oktober lepas, semakin ramai melakukan...

Majistret Direman Disyaki Terima...

KUANTAN - Seorang majistret hari ini direman lima hari bagi membantu siasatan kes...

Aliran Trafik K.Kangsar Ke...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke...

Roket Angkasa Lepas Komersial Meletup Sebaik Dilancar Di Virginia

CAPE CANAVERAL (Florida) – Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup sebaik dilancarkan, awal pagi ini.

Roket angkasa Orbital Sciences Corp yang tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar enam saat sebaik dilancarkan di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Syarikat pemiliknya berkata setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.

Api besar boleh dilihat sehingga menjulang ke awan ketika matahari sedang terbenam.

Roket kargo Cygnus itu membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.


Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, perjalanan pertama setahun lalu.

NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.

Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot. – AP/NASA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori