Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

P.Pinang Harap K’jaan Persekutuan...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang mahu meneruskan cadangan pembinaan jambatan ketiga...

Raja Ilya Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo...

Korban Koronavirus Di China...

BEIJING - Jumlah kematian disebabkan koronavirus baharu (2019-nCoV) di China meningkat kepada 636...

Sami Buddha Songlap Duit...

BANGKOK - Sami kontroversi, Phra Dhammachayo diberi tempoh sehingga 30 November ini untuk...

ROS Nafi Dakwaan Luluskan Tiga Pertubuhan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan dakwaan agensi itu sudah meluluskan pendaftaran Persatuan Melayu Murtad, Majlis Forum Antarabangsa (IFC) serta Persatuan Melayu Kristian.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata, berita mengenai dakwaan kononnya ROS sudah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu sudah dikesan sejak 2007.

“ROS dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan terbabit telah diluluskan oleh ROS.

“Sekali lagi ditegaskan bahawa ROS tidak pernah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Berita kononnya kelulusan pendaftaran oleh ROS kepada tiga pertubuhan itu telah diberikan mula tersebar meluas di media sosial sejak dua, tiga tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohammad Razin meminta masyarakat tidak terpengaruh atau terpedaya dengan penyebaran berita palsu terbabit. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • ROS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori