Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Aliff Bingung Dengan Penjelasan...

NAMPAKNYA konflik antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir terus hangat apabila Aliff menggelarkan...

Penetapan Standard Madu Kelulut...

SERDANG - Penetapan standard madu dan penternakan kelulut mampu meningkatkan kualiti dan keyakinan...

10 Mangsa Cedera Gempa...

ATHENS - Sekurang-kurangnya 10 mangsa dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda kawasan...

Video: Lepas Burung Unta...

PERASAN tak setiap kali ada perkara hangat jadi topik perbualan tak lama kemudian mesti...

Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang ingin mengambil bayi perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan November ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti periklanan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan anaknya di bidang seni dari awal lagi kerana menyifatkan ia satu rezeki simpanan masa depan.

“Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni.

“Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak,” katanya.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di restoran Marmalade, Bangsar Village 2, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Rozita berkata,dia teruja menantikan kelahiran anaknya dan sudah pun membuat segala persiapan buat bayi yang bakal lahir itu.

“Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti,” ujarnya.


Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Mengenai program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, ia bakal bersiaran bermula 1 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104).

Program itu memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata.

“Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak.

“Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula,” selorohnya.

Pada pelancaran Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, turut hadir Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengurus Besar Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd, L.H Ong. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori