Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Stacy Selamat Peluk Islam,...

HUBUNGAN cinta di antara penyanyi Stacy dan Akim Ahmad bukan lagi rahsia di...

Harga RON97 Kekal Selama...

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing­-masing kekal pada paras RM2.08...

Pelajar Malaysia Di Mesir...

KUALA LUMPUR - Education Malaysian Egypt (EME) telah mengedarkan Garis Panduan Keselamatan kepada...

Guru Agama Dipenjara 20...

PUTRAJAYA - Seorang guru agama terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan di...

Rumah Terbuka Deepavali MIC Di PWTC Pada 22 Okt

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Deepavali, MIC menjemput masyarakat berbilang kaum negara ini untuk menghadiri rumah terbuka anjuran parti itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada 22 Oktober ini.

Setiausaha Agung MIC, A Prakash Rao, berkata majlis itu yang dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung dijadual berlangsung dari 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Acara tahunan MIC ini akan turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat bagi sama-sama meraikan sambutan Deepavali,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Persatuan Hindu Sangam Malaysia, penganut Hindu akan menyambut perayaan tersebut pada 22 Oktober.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali atau pesta cahaya dirayakan sebagai tanda kemenangan atas kematian Raja Naragasura yang sering menindas rakyat pada satu masa dahulu dan akhirnya dibunuh oleh dewa Maha Krishnan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori