Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dua Isteri Bekas Jurulatih...

SHAH ALAM – Dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan...

Sembilan Bom Perang Dunia...

LABUAN - Sembilan biji bom yang dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemui di...

“Bantulah Kami Untuk Bantu...

KUALA LUMPUR - "Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi...

Gempa Lombok: 2 Rakyat...

PUTRAJAYA - Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam bencana gempa bumi berskala 5.8...

“Saya Pun Pernah Komen Tentang Masalah BTN” – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa beliau pernah mengkritik Biro Tatanegara (BTN) secara terbuka tetapi tidak disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Justeru, katanya, beliau membantah tindakan pihak berkuasa menyiasat aktivis pro-pembangkang, Datuk S.Ambiga di bawah akta itu kerana kenyataan peguam itu mengenai BTN baru-baru ini.

“Saya gagal untuk melihat bagaimana kata-kata beliau-seperti yang dilaporkan oleh media adalah menghasut atau mengugut keselamatan negara.

“Saya juga membuat komen-komen yang serupa tentang masalah BTN sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada penggal pertama. Saya telah mendesak kerajaan Selangor berhenti menghantar penjawat awam ke BTN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mendakwa tindakan itu adalah eksploitasi isu-isu agama dan perkauman untuk mengalih perhatian awam khususnya orang terhadap masalah kos sara hidup.


Ambiga sebelum ini dilaporkan mendakwa, ibu bapa kepada anak perlu menghadiri kem BTN terkejut dengan objektif dalam modul yang disediakan dan perkara diajar di sana.

Beliau mendakwa BTN `membasuh’ otak Melayu supaya menjadi rasis dan taksub ketika menghadiri kem itu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori