Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Tsunami ‘Mangsa’ Jika...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sekali lagi merayu...

Gerakan Peroleh Momentum Hadapi...

PUTRAJAYA – Selepas kalah dengan teruk dalam dua pilihan raya umum sebelum ini,...

Orang Asli Disaran Serius...

BERA - Orang Asli disaran menceburi bidang pertanian dan ternakan secara lebih serius...

Pastikan Hukuman Setimpal Jenayah...

PUTRAJAYA - Kenyataan seorang anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

‘Sekat Laman Web Tawar Cara Pembuatan Bom’

PETALING JAYA – Penggunaan bom buatan sendiri untuk melakukan jenayah semakin berleluasa dan kewujudan laman web Do-It-Yourself (DIY) serta komponen bahan letupan yang mudah didapati antara punca kes seperti ini meningkat.

Menurut rekod polis, walaupun insiden letupan di Bukit Bintang baru-baru ini melibatkan penggunaan bom tangan, sebanyak 39 kes bom buatan sendiri dilaporkan dalam tempoh dua tahun lepas.

Pakar kriminologi dan kumpulan kepentingan awam menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera bagi meneliti permasalahan itu dengan ada dikalangan mereka mendesak supaya laman web pembuatan bom disekat.

Carian menerusi Google terhadap ‘bom buatan sendiri dengan alat perkakasan rumah’ merekodkan 478,000 laman web dalam masa 0.31 saat, meliputi apa sahaja dari bom asap sehinggalah bahan letupan yang boleh meragut nyawa.

Malah, laman web tersebut menawarkan langkah demi langkah bagaimana untuk mengeluarkan bahan kimia seperti hidrogen peroksida dan ammonium nitrat dari bahan-bahan berkenaan untuk kegunaan jenayah.

Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Madya Dr P. Sundramoorthy berkata kesemua maklumat berkaitan bahan letupan boleh didapati menerusi online tetapi mengakui adalah mustahil untuk menyekat Internet.

Selain itu antara punca peningkatan kes sedemikian, katanya, adalah disebabkan penjualan komponen berbahaya untuk membuat bahan letupan tanpa kawalan.

Beliau menggesa polis untuk memperbanyakkan operasi perisikan kerana bahan letupan itu digunakan untuk kegiatan jenayah, keganasan dan melakukan eksperimen.


“Saya pernah membeli soda kaustik untuk meleraikan perabot dengan tiada soalan ditanya walaupun bahan kimia itu adalah barang terkawal. Penjual perlu memastikan pembelian barang itu direkodkan supaya polis boleh memantau tujuan penggunaan bahan kimia itu,” katanya.

Aktivis keselamatan, Kapten K.Bala berkata, adalah amat penting untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai bahayanya membuat bahan letupan bagi melakukan eksperimen.

“Ia formula yang salah. Bayangkan kerosakan yang akan berlaku sekiranya seseorang mencubanya,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman web yang memaparkan langkah demi langkah mengenai pembuatan bom.

“Sebelum ini, ia diluar imiginasi kita tetapi hari ini dari rumah anda, anda boleh membuat bahan letupan. SKMM perlu melakukan pemeriksaan yang komprehensif untuk melihat bagaimana kita boleh menyekat laman web yang berbahaya kepada negara,” katanya.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi bagaimanapun berkata, mengharamkan atau menyekat mana-mana laman web adalah bersifat sementara kerana ia hanya menyumbang kepada peningkatan kewujudan lebih banyak laman web seperti itu.

“Internet mengandungi pelbagai perkara, baik, buruk dan dahsyat. Anda boleh mencari apa sahaja termasuk membuat bom dan anda boleh menemuinya,” kata Mohamed Shahril. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori