Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Media Kawalan Pembangkang Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

FAMA Anjur Jualan Jimat...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menganjurkan ‘Jualan Jimat Belanja...

Kematian Pelajar Tahfiz: Serah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung...

Permata Seni Minat Program...

BEIJING - Permata Seni berminat untuk mewujudkan program pertukaran dengan Central Conservatory of...

Sektor Swasta Diminta Ambil Tenaga Kerja OKU

KUALA LUMPUR – Sektor swasta diminta membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka supaya guna tenaga sumber manusia negara dapat dioptimumkan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana jumlah OKU di seluruh negara sehingga Februari ini ialah 498,906 orang dan adalah satu pembaziran tenaga kerja jika golongan itu disisih daripada mendapat pekerjaan.

“Saya sarankan syarikat-syarikat untuk terima OKU bekerja dan beri peluang pada mereka mencari rezeki,” katanya ketika merasmikan Majlis Sentuhan Kasih sumbangan kepada OKU anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama syarikat korporat di sini, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Pengerusi YWP berkata berdasar statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, bilangan OKU bekerja di sektor awam telah meningkat kepada 1,754 orang setakat Disember 2012 berbanding 1,294 orang kakitangan OKU awam pada 2009.

Manakala mengikut statistik Jabatan Buruh, sejumlah 13,339 OKU telah berdaftar dengan Sistem Penempatan OKU bagi sektor swasta dan 9,074 daripadanya berjaya mendapat kerja di sektor itu.


Mengenai majlis hari ini, Tengku Adnan berkata sebanyak RM135,000 hasil sumbangan beberapa syarikat korporat diberikan kepada pelajar cemerlang OKU, atlet OKU berjaya, usahawan OKU berjaya, sekolah pendidikan khas, pusat pemulihan dalam komuniti dan unit pendidikan khas Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Seorang penerima, N. Divya Darshini, 14, dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Peel, yang cacat pendengaran dan sukar untuk bertutur.

Manakala ayahnya K. Narendran, 48, memberitahu Bernama beliau sangat berbesar hati menerima sumbangan kali pertama dari YWP yang disifatkan besar maknanya untuk membantu menampung persekolahan Divya Darshini.

“Terima kasih, Divya sangat gembira apatah lagi saya sebagai bapanya, sumbangan ini akan digunakan sebaiknya untuk pembelajaran Divya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori