Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tok Mat Dilantik Pengarah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini menjalankan...

Curi Kabel Elektrik, Warga...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kabel elektrik, seorang lelaki warga India dijatuhi hukuman...

Kedai Emas Disamun Ketika...

JOHOR BAHRU – Dalam kesibukan umat Islam di sini berbuka puasa petang semalam,...

Suri Rumah Dipenjara Kerana...

IPOH – Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah...

Selebriti Wanita Popular Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?

TAK disangka di sebalik imej bersihnya sebagai seorang pelakon dan pengacara popular, rupa-rupanya selebriti wanita ini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan suami orang.

Mulanya penulis tak percaya dengan cerita ni, yela selebriti wanita berusia awal 20-an sebelum ini dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon yang pernah menjuarai sebuah program realiti lasak tahun lalu.

Menurut sumber daripada rakan penulis, pelakon wanita itu dikatakan sudah hampir setahun bercinta dengan suami orang yang bekerja sebagai jurutera.

Isteri lelaki terbabit dikatakan mengetahui hubungan suaminya dengan selebriti tersebut tetapi disebabkan perasaan sayang yang sangat menebal terhadap suaminya, si isteri hanya mampu memendam rasa.

Dikhabarkan suaminya mula bermain cinta dengan selebriti itu ketika si isteri sedang hamil dan kini sudah empat bulan bayi mereka dilahirkan ke dunia, suaminya masih lagi ligat berhubungan dengan pelakon tersebut.

Kalau penulis cakap nama selebriti ni, mesti ramai tak percayalah dengan imej ‘budak baik’ yang cuba ditampilkannya itu


Baru-baru ni status ala-ala kecewa di laman sosial selebriti itu pun ada mencetuskan kontroversi di kalangan peminat setianya… – MYNEWSHUB

selebriti

selebriti2

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori