Majoriti percaya bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran pasti tidak dapat merasai kehangatan seni alunan muzik, apatah lagi untuk mencipta muzik itu sendiri.
Namun begitu, anda pasti tidak mengetahui bahawa seorang lagenda pemuzik German, Ludwig Van Beethoven merupakan pemuzik terkenal di kurun ke-17 adalah merupakan seorang OKU pendengaran.
Kini, kumpulan muzik ExtraOrdinaryHorizons yang berasal daripada Singapura ini berjaya membuktikan bahawa golongan OKU pendengaran juga mempunyai citarasa muzik yang bagus.
Kumpulan tersebut telah ditubuhkan oleh penyanyi Lily Goh yang juga merupakan peserta OKU pendengaran di dalam rancangan realiti Singapore Idol pada tahun 2004.
Ditubuhkan demi membangkitkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap komuniti OKU pendengaran di Singapura kepada seluruh dunia, objektif mereka juga adalah untuk memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok majoriti serta untuk diterima seadanya siapa diri mereka.
Saksikan bakat mereka dalam mendendangkan muzik yang diberi judul Deaf, Loud and Proud melalui video di bawah.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC