Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Noh Buka Restoran Demi...

KERJAYA sebagai seorang pemuzik tidak membataskan penyanyi Noh Salleh untuk membantu anak muda...

Janda Kaya Tertipu Lebih...

SHAH ALAM - Seorang janda kaya berusia 49 tahun kerugian kira-kira RM7.9 juta...

Pentagon Sahkan Pemimpin Al-Qaeda...

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan serangan udaranya bulan lalu berjaya membunuh...

Gambar Pejabat Datuk Siti...

Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan...

Seorang Pembekal & Penagih Air Ketum Ditahan Di Besut

BESUT – Sepuluh penagih air ketum yang sedang membeli bekalan daripada seorang pembekal terkejut apabila sekumpulan anggota polis menyerbu dan memberkas mereka di sebuah rumah di Kampung Kuala Kubang dekat Jabi di sini, semalam.

Kesemua suspek berumur 20 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pukul 5 petang hingga 8 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata operasi yang membabitkan sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jertih itu menahan suspek yang juga pemilik rumah berusia 40 tahun dan merampas 50 bungkus plastik air dipercayai air ketum dan 6 kilogram daun ketum.

“Selepas menangkap pembekal itu, kita kemudiannya menunggu di kawasan rumah suspek sebelum memberkas seorang demi seorang penagih yang datang ke rumah itu untuk mendapatkan bekalan air ketum,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khaled berkata, kebanyakan suspek tidak menyangka polis menunggu kehadiran mereka dan ini menyebabkan kesemuanya tergamam apabila diberkas sebaik masuk ke perkarangan rumah itu.


Menurut Khaled, kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Jertih untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah (BSJN).

“Hasil saringan air kencing mendapati empat daripada 11 suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori